Wednesday, February 25, 2009

Sampai di Malton, York

Dari Amsterdam, saya naik KLM CityHopper & sampai di Leeds Bradforth airport dalam jam 9:30 pg. Seorang taxi driver menunggu dengan nama "MUHAMMAD AZLAN". Masuk ke dlm teksi & terus bergerak ke pejabat Swinton.

Pemandangan amat menarik memandangkan sekarang adalah musim sejuk. Tapi hari tu takda salji sbb di Leeds, salji bukanlah satu pemandangan yang biasa di musim sejuk. Pemandu teksi memberitahu minggu sebelumnya salji agak tebal dalam 8 inci. Jadi saya terlepas peluang itu. Hmm.. harap dalam 5-6 minggu akan datang salji turun.

Sampai di Swinton Technology Limited office di Malton, Yorkshire selepas 45 minit perjalanan disambut oleh Ben Leach. Kemudian sedikit sessi perkenalan dengan seluruh staff Swinton. Mesra sekali!

Menghabiskan masa bersama Ben psl plan sepanjang 6 minggu ni. Kemudian check-in ke hotel Talbot di pekan kecil Malton dihantar oleh Mitch Lewis.



Talbot Hotel: 25 pound/malam ini tempat saya menginap.


Pemandangan dari luar hotel.


Pemandangan sudut lain.


Malam pertama di Malton.


Awal pagi di Malton. Amat sunyi.


Salah satu bar di Malton. Di UK, bar ni macam warung mamak tempat kita lepak2. X semestinya 'minum'. Coke ada. Staff Swinton ada jugak bawak saya makan tengah hari kt satu bar ni. Saya just minum coke & makan sandwich tuna.

No comments:

Post a Comment