Wednesday, February 25, 2009

Hujung minggu di Malton

Hujung minggu pertama di Malton agak menarik sbb waktu mcm ni lah penduduk keluar membeli barang keperluan harian. Penduduk Malton hanya lebih kurang 10,000 orang dan ini adalah sebab utama Malton agak sunyi. Perniagaan yang agak 'berjalan' hanyalah bar, restoran hotel dan kedai runcit.

Malton, Norton, Swinton, Pickering terletak dalam satu daerah yang mempunyai rekod jenayah paling kecil di UK. Secara statistik, ia adalah tempat paling selamat di UK.


Mesin ATM ni macam senang je nak bawak lari. Kalau kat Malaysia dah lama hilang hehe.


Buah-buahan dijual di pasar minggu


Saya beli 1 paket strawberi & 4 biji buah plum. Segar dari ladang.


Suasana pasar yang agak kurang meriah. Ekonomi meleset?


Kentang & cendawan


Lagi buah-buahan.

Kasut budak2. Ingat nak beli utk Sofiya sblm balik nanti.


Baju sejuk budak. Dlm RM 35


Lagi baju budak.


Yg ni murah dlm RM 18


Ni lagi murah dlm RM11.

Botol susu RM 6


RM 5.40

RM 8

Sampai di Malton, York

Dari Amsterdam, saya naik KLM CityHopper & sampai di Leeds Bradforth airport dalam jam 9:30 pg. Seorang taxi driver menunggu dengan nama "MUHAMMAD AZLAN". Masuk ke dlm teksi & terus bergerak ke pejabat Swinton.

Pemandangan amat menarik memandangkan sekarang adalah musim sejuk. Tapi hari tu takda salji sbb di Leeds, salji bukanlah satu pemandangan yang biasa di musim sejuk. Pemandu teksi memberitahu minggu sebelumnya salji agak tebal dalam 8 inci. Jadi saya terlepas peluang itu. Hmm.. harap dalam 5-6 minggu akan datang salji turun.

Sampai di Swinton Technology Limited office di Malton, Yorkshire selepas 45 minit perjalanan disambut oleh Ben Leach. Kemudian sedikit sessi perkenalan dengan seluruh staff Swinton. Mesra sekali!

Menghabiskan masa bersama Ben psl plan sepanjang 6 minggu ni. Kemudian check-in ke hotel Talbot di pekan kecil Malton dihantar oleh Mitch Lewis.



Talbot Hotel: 25 pound/malam ini tempat saya menginap.


Pemandangan dari luar hotel.


Pemandangan sudut lain.


Malam pertama di Malton.


Awal pagi di Malton. Amat sunyi.


Salah satu bar di Malton. Di UK, bar ni macam warung mamak tempat kita lepak2. X semestinya 'minum'. Coke ada. Staff Swinton ada jugak bawak saya makan tengah hari kt satu bar ni. Saya just minum coke & makan sandwich tuna.

Sunday, February 22, 2009

Perjalanan yang jauh

Salam,

Blog ni dibuat istimewa untuk wife saya Mai & Sofiya so mereka dapat mengikuti perkembangan saya di UK. Bagi kawan-kawan, trip saya ke Malton, Yorkshire, UK sebenarnya untuk program training selama 6 minggu. Org x pandai kena ler belajar ye x. Dlm blog ni saya akan share apa saja pengalaman untuk dikongsi.

Untuk info saya x pernah ke europe jd dgn schedule training waktu winter membuatkan saya rasa leceh jugak sbb takut jadi lembab je otak kat sana hehe.

Flight dr KLIA 17hb Feb 09 11:35 mlm, transit di Amsterdam 04:00pg. Sampai di Amsterdam, flight ke Leeds jam 0930pg. Ada masa dlm 5 jam pusing2 Amsterdam. Tapi time tu pun awal subuh. Buang masa jugak nak round2 time ni. Teksi mahal dlm 20 Euro pusing area2 situ je. So mmg x pergi mana la. Just pusing2 airport je.


Amsterdam airport awal pagi buta


Suasana kt luar airport. Mak aih sejuk gila. X bleh tahan. Dlm 5 minit dh masuk balik.


Burger King:
1) X halal
2) Euro 6 seketul (dlm RM 30++)!


Fridge magnet. Agak mahal sebenarnya sbb kat airport. Plan nak beli bila otw balik nanti. Maybe kt tepi jalan lagi murah.


Sampel fridge magnet lain


Lagi sampel...


Dan lagi..


Dan lagi..


Mug Holland konon! Ntah2 print kat KL.


Safety Boot (Kasut Kayu Dutch)


Bolehla beli buat jalan2 kt KL.


Kalendar - souvenir yg agak bagus sbb dlm banyak gambar menarik.


Jam 09:30 pm br keluar dr bas nak masuk kapal.


Abg baju kuning posing la pulak. Aku nak amik gambar tayar tu je.


Naik kapal. KLM CityHopper. Lagi sejam sampai Leeds.

Bersambung lagi...